Sunday 21 February 2016

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya , setelah kami berjaya menyiapkan blog ini dan mengkaji segala fakta sains yang dinyatakan oleh para saintis dan pelbagai pihak lain, yang mengakui bahawa mereka adalah golongan pertama yang menemui fakta tersebut, mereka silap . Sudah diperakui dalam al-quran sejak 1400 tahun dulu mengenai fakta yang mereka temui itu . 

Sebagai contoh boleh rujuk mengenai tajuk yang kami kaji iaitu mengenai penciptaan alam semesta ,  planet berbentuk bulat , pergerakan alam semesta , pergerakan orbit dan juga atmosfera .

Kita harus percaya dengan seyakin-yakinnya bahawa Allah adalah pencipta kepada segala yang berada di dalam dunia ini dan seluruh isinya .


Ini membuktikan bahawa manusia tidak boleh melawan kuasa tuhan . Sesungguhnya apa sahaja yang berada di atas muka bumi ini adalah milik Allah SWT.

Wallahualam .

Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses kami menyiapkan blog ini . 

Itu sahaja untuk blog kami , sebarang kekurangan atau salah silap kami harap dimaafkan .

Semoga ilmu pengetahuan yang kami kongsikan ini boleh dimanfaatkan sebaik-baik nya oleh kami dan juga semua pembaca blog ini. Kesimpulan akhir , banyak nilai murni pengajaran yang baik telah kami perolehi . 



No comments:

Post a Comment