Sunday 21 February 2016

2.0 ISI KANDUNGAN

2.1 PENCIPTAAN ALAM SEMESTA


Semua proses penciptaan alam semesta ini kemutlakannya berada dalam kendalian dan perintah Allah s.w.t. yang telah memberi bentuk yang sempurna. Hukum dan fenomenanya teratur dan tepat meliputi ruang yang maha luas sehinggalah kepada unsur-unsur terperinci dalam alam semesta. Allah mencipta alam semesta ini dengan berjuta bintang dan lengkap dengan segala sistem cakerawala, planet-planet, matahari dan bulan dalam galaksi yang begitu luas. Kesemuanya adalah mengikut perintah Allah pada susunan dan aturan yang ditetapkan untuk mereka dengan sempurna.

  Al-Quran membentangkan beberapa fakta terhadap ciptaan alam semesta dalam tiga golongan ciptaan segala kandungan di langit, segala kandungan di bumi dan segala kandungan diantara keduanya, yang merupakan satu organisasi Tuhan yang begitu tersusun dan bersistematik dalam beberapa ayat:

i. Surah Taha ; ayat ke 6:
“Dialah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada diantara keduanya, dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi”.

ii. Surah al-Furqaan ; ayat ke 59:
“Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, ialah Ar-Rahman...”.

iii. Surah As-Sajdah ; ayat ke 4:
“Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya di dalam enam masa...”.

iv. Surah Qaaf ; ayat ke 38:
“Dan demi sesungguhnya ! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta yang ada di antara keduanya dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang susah-payah”.
Rujukan dalam al-Quran mengenai “serta segala yang ada di antara langit dan bumi” terdapat dalam beberapa ayat lagi. Ciptaan Allah s.w.t. yang berada di luar langit dan bumi disebut dalam al-Quran beberapa kali yang bermaksudkan perwujudan benda-benda kosmos di luar galaksi.

Asal mula alam semesta digambarkan dalam Al Qur'an pada ayat berikut:

"Dialah pencipta langit dan bumi." (Al Qur'an, 6:101)


“Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak juga akan beriman”. ( Al-Baqarah, Ayat: 6 )

Kewujudan Alam Semesta Menurut Saintis Barat


Pengkaji astronomi yakin bahawa alam semesta atau cakerawala terbentuk sekitar 13.7 bilion tahun yang lalu. Bermula dari satu titik sebesar sebiji zarah neutron dan melalui satu letupan besar yang digelar Big Bang maka terbinalah sebuah alam semesta yang amat luas seperti yang kita ketahui kini.


  Semasa letupan Big Bang salah satu aktiviti atau proses letupan itu ialah wujudnya gelombang cahaya yang terus berkembang. Semakin lama sehingga lebih dari 300,000 tahun gelombang cahaya itu bertukar menjadi gelombang radio.
Gelombang cahaya itu dikenali sebagai radiasi latar belakang kosmik atau CMB (Cosmic Background Radiation) atau dalam bahasa yang mudah ia merupakan saki-baki gema daripada Big Bang.

   Radiasi itu terbentuk saat cakerawala mula mendingin. Saat terjadi Big Bang radiasi dan bahan lain daripada cakerawala adalah bersatu. Ketika itu suhu alam semesta amat panas.
Manusia mengkaji alam semesta berdasarkan kaitan peninggalan gelombang cahaya ini dengan kejadian Big Bang.
Pada tahun 1965 dua orang saintis, Arno Penzias dan Robert Wilson telah menemui bahan CMB ini. Mereka mendapat Hadiah Nobel bagi penemuan mereka dalam bidang fizik bagi tahun 1978.
Namun penemuan CMB itu harus dibuktikan.

            Maka satu pemantauan harus dijalankan. Dua orang saintis Amerika Syarikat (AS) John C. Mather dan George F. Smoot telah melakukan pemantaun akan CMB ini melalui sebuah satelit bernama COBE (Cosmic Background Explorer), ciptaan Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA).
Mather (60) ialah seorang astrofizik kanan di Pusat Penerbangan Angkasa Goddard, Maryland milik NASA sementara Smoot (61) ialah seorang Profesor Fizik di Lawrence Berkeley National Laboratory, University of California. COBE dilancarkan ke langit pada tahun 1989.

   Satelit COBE diguna untuk mencatat suhu CMB.
Didapati suhu CMB adala sekitar 2.725 Celsius sedikit tinggi daripada titik suhu mutlak iaitu -273 derajat Celsius. Mather mendapati bahawa profil suhu CMB mengikut satu arah aliran tenaga yang disebut sebagai lengkungan benda hitam dan hakikat itu digunakan untuk meramal teori Big Bang.

  Smoot pula mendapati adanya fenomena naik turun pada suhu CMB. Penyimpangan atau naik turun CMB adalah kerana terbentuknya bibit-bibit galaksi yang juga merupakan struktur awal cakerawala. Galaksi terbentuk daripada gumpalan gas yang amat panas.

  Penyimpangan suhu CMB diguna untuk menganalisis gejala jisim hitam dan tenaga hitam, dua komponen terbesar yang mengisi cakerawala.

  Profil CMB dapat digunakan bagi menjelas proses Big Bang dan pemahaman akan alam semesta. Alam semesta bukannya suatu susunan bahan atau tenaga yang merata sebaliknya ia adalah terdiri daripada bahan-bahan yang bergumpal-gumpal. 

 Kewujudan CMB membolehkan para ilmuwan memperhitungkan perkembangan alam semesta. Alam semesta kini dipercayai terus berkembang dan melebar pada kadar yang cepat.

  Mather dan Smoot ialah pemimpin bagi lebih daripada 1,000 saintis, jurutera dan juruteknik yang membina CBM sehingga satelit itu dilancarkan pada tahun 1989. Smoot dan Mather telah dipilih untuk meraih Hadiah Nobel bernilai 10 juta kronor Sweden atau RM5 juta.

  Dalam ucapan penghargaan Akademi Sains Diraja Sweden kepada kedua-dua saintis itu menyatakan bahawa “Hasil kajian COBE meningkatkan dukungan penjelasan saintifik terhadap senario Big Bang yang memerihalkan asal usul cakerawala. Senario itu saja yang meramalkan radiasi latar belakang kosmik. COBE telah mengukur gelombang radiasi itu.”

  Seorang ilmuwan astronomi, Michael Turner, dari University Chicago, mengatakan bahawa pengukuran-pengukuran yang dibuat oleh COBE akan mengiringi dunia kosmologi ke era ketetapan kosmologi. Pemberian Hadiah Nobel kepada Mather dam Smoot dalam bidang fizik/astronomi merupakan yang pertama dan banyak lagi akan digondol kerana penemuan-penemuan baru dalam bidang kosmologi.





Quran & Teori Kejadian Alam (The Big Bang Theory)
أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ
Maksudnya: "Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?" (QS Al-Anbiya' : 30)

Ayat ini menjelaskan mengenai dua perkara penting. Pertama, mengenai asal-usul kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bercantum padu sebelum dipisahkan antara kedua-duanya. Kedua, dijelaskan mengenai hakikat kehidupan air adalah asas bagi segala kehidupan.

Terdapat dua perkataan dalam ayat ini, Ratqa dan Fataq. Ratqa berasal dari perkataan arab rataqa yang bermaksud sew up, ditampal dan dijahit. Ia melambangkan sesuatu yang terhimpun, melekat dan menguncup. Fataq pula berasal daripada bahasa arab fataqa yang bermaksud unsew, tear apart iaitu dibuka atau dibelah. Ini melambangkan sesuatu yang terbuka dan terungkai.

Berhubung dengan ayat ini, Imam Said bin Jubair berkata, "Langit dan bumi sebelum ini melekat antara satu sama lain. Apabila langit ditinggikan dan dengan itu zahirlah bumi maka berlakulah pemisahan dan itulah yang dijelaskan oleh Allah dalm ayat ini."

Kebenaran ayat Allah ini dibuktikan melalui Teori Big Bang, teori yang menjadi pegangan umum oleh para saintis mengenai permulaan alam semesta pada hari ini. Berdasarkan laporan yang terdapat dalam laman web NASA, dalam segmen Big Bang Cosmology, kejadian alam bermula 12 hingga 14 bilion tahun dahulu. Alam pada masa itu hanya berukuran beberapa meter sahaja. Sejak dari tarikh itu, ia sudah mengembang sehingga menjadi seperti yang dilihat pada hari ini.

Mengikut teori Big Bang, alam ini pada asalnya bercantum padu kemudian berlaku suatu letupan yang kuat,sekitar 12 hingga 14 bilion tahun dahulu. Kemudian berlaku pengembangan dan penyejukan, akhirnya lahir bintang-bintang, palnet-planet, galaksi dan yang seumpamanya.

Pada tahun 1929, seorang tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble, menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori Big Bang. Dengan menggunakan peralatan canggih, beliau mendapati alam ini sedang mengembang. Penemuan ini mengukuhkan lagi pendapat yang menyatakan alam ini bercantum pada asalnya diikuti dengan letupan besar, ekoran dari letupan itulah yang menyebabkan pengembangan ini.

Justeru, kenyataan Al-Quran berhubung teori permulaan alam sememangnya saintifik. Antara pakar yang kagum dengan ayat ini adalah Dr. Alfred Kroner,seorang proffesor dalam bidang sains geologi. Berhubung dengan ayat ini, beliau berkata:" Melihat asal-usul Muhammad, saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui langit dan bumi mempunyai asal-usul yang sama. Hal ini kerana ilmu mengenainya baru diketahui beberapa tahun baru-baru ini, itupun dengan menggunakan alat-alat yang canggih. Seseorang yang tidak mengetahui ilmu fizik nuklear 1400 tahun dahulu saya rasa,tidak akan mampu mengetahui tentang hal ini."


Akhirnya beliau berkata, "Apabila kita menghimpunkan kesemua kenyataan Quran berkaitan dengan bumi dan kejadiannya, dan bila kita kaitkannya dengan sains, maka kita akan menyatakan kenyataan (Al-Quran) secara dasarnya adalah benar. Hal ini dapat dibuktikan dengan kaedah pendekatan saintifik."

No comments:

Post a Comment