Sunday 21 February 2016

2.3PEGERAKAN ORBIT

PERGERAKAN MATAHARI DAN BULAN
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud :

“DAN (SEBAHAGIAN DARI DALIL YANG TERSEBUT IALAH)MATAHARI; IA KELIHATAN BEREDAR KE TEMPAT YANG DITETAPKAN BAGINYA; ITU ADALAH TAQDIR TUHAN YANG MAHA KUASA,LAGI MAHA MENGETAHUI”.
(Surah Yasin : ayat 38)


Menurut pandangan ulama tafsir mengenai ayat diatas tanda tersendiri yang menunjukkan kekuasaan allah ta’ala dalam ayat tersebut adalah perjalanan matahari pada orbitnya sehingga ke penghujung pusingannya. Pusingan tersebut adalah satu ketentuan dan ketetapan daripada allah yang maha kuasa lagi maha menguasai setiap sesuatu.

   Terdapat dua pendapat ulama tafsir di dalam mentafsirkan maksud orbit. Yang pertama ,Satu tempat yang berada di bawah ‘Arasy yang hamper dengan bumi pada satu arah di mana  kedudukan matahari dan makhluk masih tetap berada di bawah ‘Arasy. Kedua, Tahap akhir penjalanannya iaitu hari kiamat. Ini telah dibuktikan oleh ahli astronomi bahawa terdapat pertambahan putaran matahari secara jelas di tengah-tengah bintang disebabkan pusingan bumi di sekeliling matahari setahun sekali. Bagi matahari tedapat dua pergerakan yang lain iaitu



pusingan di atas paksi dan pusingan berserta dengan pengiringan planet-planet yang bergerak di sekitar sistem solar dan galaksi dengan kecepatan yang amat tinggi.
        ‘Mustaqir’ pada pandangan ulama yang pertama adalah  merupakan paksi yang tetap manakala ulama kedua berpendapat ia merupakan pergerakan sistem solar bersama- sama kumpulan planetnya.
(Rujukan: tafsir al-munir,julud 23, hlm 15-17)


   Bagi bulan terdapat satu orbit yang tetap iaitu mengelilingi bumi dan berputar di atas paksinya. Ia juga bergerak mengiringi bumi mengelilingi matahari. Matahari pula mempunyai dua gerakan .Gerakan di atas paksinya sendiri.Pergerakan menuju ke bintang vega. Ia mengorbit di dalam suatu orbit yang terlalu besar sehingga tidak diketahui luas orbitnya. Oleh yang demikian, matahari dan bulan sebenarnya tidak mungkin bertembung atau berlangar antara satu sama lain kerana masing-masing memiliki orbit yang tersendiri yang tidak mungkin akan bertembung antara keduanya. Bulan seolah-olah berpusing di dalam dua pusingan iaitu satu pusingan mengelilingi bumi dan satu pusingan mengiringi bumi mengelilingi matahari.


  Demikianlah kekuasaan Allah ta’ala mencipta, mengatur dan mentadbir jagat raya ini. Maha suci Allah dan segala puji-pujian hanya layak untukNya .
(RUJUKAN:Al-Qur’an dan sains oleh Dr.haji Jamnul azhar Bin Haji mulkan)


 Pada tahun 1512 ahli astronomi Nicholas Copernicus yang mengemukakan teori bahawa matahari tidak bergerak di tengah-tengah sistem solar, dan bahawa planet berputar di sekelilingnya. Kepercayaan bahawa matahari itu tetap adalah meluas di kalangan ahli astronomi sehingga abad ke-20. Ia kini merupakan fakta yang ditubuhkan saintifik bahawa matahari sebenarnya bukan tidak bergerak, tetapi bergerak dalam orbit mengelilingi pusat galaksi bumi sakti kita.

Al-Qur’an menyebut orbit matahari:
“DAN DIALAH YANG TELAH MENCIPTAKAN  MALAM DAN SIANG, MATAHARI DAN BULAN, MASING –MASING DARI KEDUANYA ITU BEREDAR DI DALAM GARIS EDARNYA.”
(Surah al-Anbiyaa’ : ayat 33)

Sekarang kita tahu bahawa kenyataan Al-quran tentang gerakan matahari adalah selaras dangan Astronomi moden.

No comments:

Post a Comment