Sunday 21 February 2016

PENGENALAN AHLI KUMPULAN DAN SENARAI KANDUNGAN


DUB 1012: TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM


Kami terdiri daripada 5 orang pelajar iaitu :


Azlinnor Haida bt Alihzam (14DEP15F1043)
Nurul Amira bt Jamil (14DEP15F1011)
Noor Syafira bt Mohd Rosli (14DEP15F1073)
Siti Aminah bt A.Rahman (14DEP15F1033)
Nur Imanina bt Aziz (14DEP15F1900)



Berikut merupakan senarai kandungan yang kami paparkan sebagai panduan kami sepanjang menulis blog ini .

  

SENARAI KANDUNGAN


1.0
PENDAHULUAN
2.0
ISI KANDUNGAN
2.1PENCIPTAAN ALAM SEMESTA
2.2 “PEGERAKKAN ALAM SEMESTA”
2.3 PERGERAKAN ORBIT
2.4 "PLANET BERBENTUK BULAT"
2.5 ATMOSFERA
3.0
KESIMPULAN
4.0
RUJUKAN
5.0
LAMPIRAN

1.0 PENDAHULUAN


Asalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini . Kami sekumpulan mengkaji mengenai fakta saintifik dalam sains dan al quran mengenai Astronomi . Bidang astronomi itu sangatlah luas dan banyak perkara yang boleh diterokai oleh manusia . Namun sejauh mana kita mengkaji tidak boleh melawan kuasa Allah . 

Terdapat beberapa fakta yang kononnya ditemui oleh saintis barat , namun mereka silap . Ternyata sudah berkurun lama tercatat dalam kitab suci Al-Quran. Begitu hebat kuasa Allah . 

Kami mengkaji daripada beberapa fakta sains yang juga terdapat di dalam al-quran  antaranya sedikit tentang isi pertama kami seperti "Penciptaan Alam Semesta". Selain itu , kami akan mengupas pemisahan langit dan bumi . Planet bumi adalah bulat . Seterusnya , fenomena pegerakan alam semesta . Orbit yang berkaitan bintang , bulan , matahari . Akhir sekali , atmosfera .




Astronomi Menurut Islam
Definisi Ilmu Astronomi :

  Berikut adalah definisi-definisi yang diberikan oleh tokoh-tokoh atau sarjana-sarjana Islam pada zamannya:-

(1) Ilmu untuk mempelajari suria, bintang, buruj, jarak, saiz dan gerakan jasad-jasad tersebut oleh: As Shafa 

(2) Ilmu untuk mengetahui hal ehwal jasad-jasad cakerawala yang bertaburan di angkasa lengkap dengan bentuk, kedudukan, ukuran serta jaraknya. oleh : Thasy Kura


(3) Ilmu berkaitan dengan gerakan dan peredaran bintang-bintang yang tetap. Dari gerakan dan peredaran bintang ini dapat diketahui bentuk dan kedudukannya melalui hitungan gerakannya yang dapat dilihat dengan cara metrik. oleh : Ibnu Khaldun . 

2.0 ISI KANDUNGAN

2.1 PENCIPTAAN ALAM SEMESTA


Semua proses penciptaan alam semesta ini kemutlakannya berada dalam kendalian dan perintah Allah s.w.t. yang telah memberi bentuk yang sempurna. Hukum dan fenomenanya teratur dan tepat meliputi ruang yang maha luas sehinggalah kepada unsur-unsur terperinci dalam alam semesta. Allah mencipta alam semesta ini dengan berjuta bintang dan lengkap dengan segala sistem cakerawala, planet-planet, matahari dan bulan dalam galaksi yang begitu luas. Kesemuanya adalah mengikut perintah Allah pada susunan dan aturan yang ditetapkan untuk mereka dengan sempurna.

  Al-Quran membentangkan beberapa fakta terhadap ciptaan alam semesta dalam tiga golongan ciptaan segala kandungan di langit, segala kandungan di bumi dan segala kandungan diantara keduanya, yang merupakan satu organisasi Tuhan yang begitu tersusun dan bersistematik dalam beberapa ayat:

i. Surah Taha ; ayat ke 6:
“Dialah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada diantara keduanya, dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi”.

ii. Surah al-Furqaan ; ayat ke 59:
“Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, ialah Ar-Rahman...”.

iii. Surah As-Sajdah ; ayat ke 4:
“Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya di dalam enam masa...”.

iv. Surah Qaaf ; ayat ke 38:
“Dan demi sesungguhnya ! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta yang ada di antara keduanya dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang susah-payah”.
Rujukan dalam al-Quran mengenai “serta segala yang ada di antara langit dan bumi” terdapat dalam beberapa ayat lagi. Ciptaan Allah s.w.t. yang berada di luar langit dan bumi disebut dalam al-Quran beberapa kali yang bermaksudkan perwujudan benda-benda kosmos di luar galaksi.

Asal mula alam semesta digambarkan dalam Al Qur'an pada ayat berikut:

"Dialah pencipta langit dan bumi." (Al Qur'an, 6:101)


“Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak juga akan beriman”. ( Al-Baqarah, Ayat: 6 )

Kewujudan Alam Semesta Menurut Saintis Barat


Pengkaji astronomi yakin bahawa alam semesta atau cakerawala terbentuk sekitar 13.7 bilion tahun yang lalu. Bermula dari satu titik sebesar sebiji zarah neutron dan melalui satu letupan besar yang digelar Big Bang maka terbinalah sebuah alam semesta yang amat luas seperti yang kita ketahui kini.


  Semasa letupan Big Bang salah satu aktiviti atau proses letupan itu ialah wujudnya gelombang cahaya yang terus berkembang. Semakin lama sehingga lebih dari 300,000 tahun gelombang cahaya itu bertukar menjadi gelombang radio.
Gelombang cahaya itu dikenali sebagai radiasi latar belakang kosmik atau CMB (Cosmic Background Radiation) atau dalam bahasa yang mudah ia merupakan saki-baki gema daripada Big Bang.

   Radiasi itu terbentuk saat cakerawala mula mendingin. Saat terjadi Big Bang radiasi dan bahan lain daripada cakerawala adalah bersatu. Ketika itu suhu alam semesta amat panas.
Manusia mengkaji alam semesta berdasarkan kaitan peninggalan gelombang cahaya ini dengan kejadian Big Bang.
Pada tahun 1965 dua orang saintis, Arno Penzias dan Robert Wilson telah menemui bahan CMB ini. Mereka mendapat Hadiah Nobel bagi penemuan mereka dalam bidang fizik bagi tahun 1978.
Namun penemuan CMB itu harus dibuktikan.

            Maka satu pemantauan harus dijalankan. Dua orang saintis Amerika Syarikat (AS) John C. Mather dan George F. Smoot telah melakukan pemantaun akan CMB ini melalui sebuah satelit bernama COBE (Cosmic Background Explorer), ciptaan Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA).
Mather (60) ialah seorang astrofizik kanan di Pusat Penerbangan Angkasa Goddard, Maryland milik NASA sementara Smoot (61) ialah seorang Profesor Fizik di Lawrence Berkeley National Laboratory, University of California. COBE dilancarkan ke langit pada tahun 1989.

   Satelit COBE diguna untuk mencatat suhu CMB.
Didapati suhu CMB adala sekitar 2.725 Celsius sedikit tinggi daripada titik suhu mutlak iaitu -273 derajat Celsius. Mather mendapati bahawa profil suhu CMB mengikut satu arah aliran tenaga yang disebut sebagai lengkungan benda hitam dan hakikat itu digunakan untuk meramal teori Big Bang.

  Smoot pula mendapati adanya fenomena naik turun pada suhu CMB. Penyimpangan atau naik turun CMB adalah kerana terbentuknya bibit-bibit galaksi yang juga merupakan struktur awal cakerawala. Galaksi terbentuk daripada gumpalan gas yang amat panas.

  Penyimpangan suhu CMB diguna untuk menganalisis gejala jisim hitam dan tenaga hitam, dua komponen terbesar yang mengisi cakerawala.

  Profil CMB dapat digunakan bagi menjelas proses Big Bang dan pemahaman akan alam semesta. Alam semesta bukannya suatu susunan bahan atau tenaga yang merata sebaliknya ia adalah terdiri daripada bahan-bahan yang bergumpal-gumpal. 

 Kewujudan CMB membolehkan para ilmuwan memperhitungkan perkembangan alam semesta. Alam semesta kini dipercayai terus berkembang dan melebar pada kadar yang cepat.

  Mather dan Smoot ialah pemimpin bagi lebih daripada 1,000 saintis, jurutera dan juruteknik yang membina CBM sehingga satelit itu dilancarkan pada tahun 1989. Smoot dan Mather telah dipilih untuk meraih Hadiah Nobel bernilai 10 juta kronor Sweden atau RM5 juta.

  Dalam ucapan penghargaan Akademi Sains Diraja Sweden kepada kedua-dua saintis itu menyatakan bahawa “Hasil kajian COBE meningkatkan dukungan penjelasan saintifik terhadap senario Big Bang yang memerihalkan asal usul cakerawala. Senario itu saja yang meramalkan radiasi latar belakang kosmik. COBE telah mengukur gelombang radiasi itu.”

  Seorang ilmuwan astronomi, Michael Turner, dari University Chicago, mengatakan bahawa pengukuran-pengukuran yang dibuat oleh COBE akan mengiringi dunia kosmologi ke era ketetapan kosmologi. Pemberian Hadiah Nobel kepada Mather dam Smoot dalam bidang fizik/astronomi merupakan yang pertama dan banyak lagi akan digondol kerana penemuan-penemuan baru dalam bidang kosmologi.





Quran & Teori Kejadian Alam (The Big Bang Theory)
أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاءِ كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ
Maksudnya: "Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?" (QS Al-Anbiya' : 30)

Ayat ini menjelaskan mengenai dua perkara penting. Pertama, mengenai asal-usul kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bercantum padu sebelum dipisahkan antara kedua-duanya. Kedua, dijelaskan mengenai hakikat kehidupan air adalah asas bagi segala kehidupan.

Terdapat dua perkataan dalam ayat ini, Ratqa dan Fataq. Ratqa berasal dari perkataan arab rataqa yang bermaksud sew up, ditampal dan dijahit. Ia melambangkan sesuatu yang terhimpun, melekat dan menguncup. Fataq pula berasal daripada bahasa arab fataqa yang bermaksud unsew, tear apart iaitu dibuka atau dibelah. Ini melambangkan sesuatu yang terbuka dan terungkai.

Berhubung dengan ayat ini, Imam Said bin Jubair berkata, "Langit dan bumi sebelum ini melekat antara satu sama lain. Apabila langit ditinggikan dan dengan itu zahirlah bumi maka berlakulah pemisahan dan itulah yang dijelaskan oleh Allah dalm ayat ini."

Kebenaran ayat Allah ini dibuktikan melalui Teori Big Bang, teori yang menjadi pegangan umum oleh para saintis mengenai permulaan alam semesta pada hari ini. Berdasarkan laporan yang terdapat dalam laman web NASA, dalam segmen Big Bang Cosmology, kejadian alam bermula 12 hingga 14 bilion tahun dahulu. Alam pada masa itu hanya berukuran beberapa meter sahaja. Sejak dari tarikh itu, ia sudah mengembang sehingga menjadi seperti yang dilihat pada hari ini.

Mengikut teori Big Bang, alam ini pada asalnya bercantum padu kemudian berlaku suatu letupan yang kuat,sekitar 12 hingga 14 bilion tahun dahulu. Kemudian berlaku pengembangan dan penyejukan, akhirnya lahir bintang-bintang, palnet-planet, galaksi dan yang seumpamanya.

Pada tahun 1929, seorang tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble, menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori Big Bang. Dengan menggunakan peralatan canggih, beliau mendapati alam ini sedang mengembang. Penemuan ini mengukuhkan lagi pendapat yang menyatakan alam ini bercantum pada asalnya diikuti dengan letupan besar, ekoran dari letupan itulah yang menyebabkan pengembangan ini.

Justeru, kenyataan Al-Quran berhubung teori permulaan alam sememangnya saintifik. Antara pakar yang kagum dengan ayat ini adalah Dr. Alfred Kroner,seorang proffesor dalam bidang sains geologi. Berhubung dengan ayat ini, beliau berkata:" Melihat asal-usul Muhammad, saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui langit dan bumi mempunyai asal-usul yang sama. Hal ini kerana ilmu mengenainya baru diketahui beberapa tahun baru-baru ini, itupun dengan menggunakan alat-alat yang canggih. Seseorang yang tidak mengetahui ilmu fizik nuklear 1400 tahun dahulu saya rasa,tidak akan mampu mengetahui tentang hal ini."


Akhirnya beliau berkata, "Apabila kita menghimpunkan kesemua kenyataan Quran berkaitan dengan bumi dan kejadiannya, dan bila kita kaitkannya dengan sains, maka kita akan menyatakan kenyataan (Al-Quran) secara dasarnya adalah benar. Hal ini dapat dibuktikan dengan kaedah pendekatan saintifik."

2.2 PERGERAKAN ALAM SEMESTA




Tatkala merujuk kepada matahari dan bulan di dalam Al-Qur'an, ditegaskan bahawa masing-masing bergerak dalam orbit atau garis edar tertentu.

"Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya." (Al-Qur'an, 21:33)

Disebutkan pula dalam ayat yang lain bahawa matahari tidaklah diam, tetapi bergerak dalam garis edar tertentu:

"Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui." (Al-Qur'an, 36:38)


Fakta-fakta yang disampaikan dalam Al-Qur'an ini telah ditemukan melalui pemerhatian astronomi di zaman kita. Menurut pengiraan para ahli astronomi, matahari bergerak dengan kadar luar biasa yang mencapai 720 ribu km per jam ke arah bintang Vega dalam sebuah garis edar yang disebut Solar Apex. 

Ini bermaksud matahari bergerak sejauh lebih kurang 17.280.000 kilometer dalam sehari. Bersama matahari, semua planet dan satelit dalam sistem graviti matahari juga berjalan menempuh jarak ini. Selanjutnya, semua bintang di alam semesta berada dalam sesuatu gerakan serupa yang dirancang. 

Sebagaimana komet-komet lain , komet Halley, sebagaimana kita lihat di atas, juga bergerak mengikuti orbit atau garis edar yang telah ditetapkan. Komet ini memiliki garis edar khusus dan bergerak mengikuti garis edar ini secara teratur bersama-sama dengan yang lain .

Keseluruhan alam semesta yang dipenuhi oleh lintasan dan garis edar seperti ini, dinyatakan dalam Al-Qur'an sebagai berikut:

"Demi langit yang mempunyai jalan-jalan." (Al-Qur'an, 51:7)

Terdapat sekitar 200 million galaksi di alam semesta yang masing-masing terdiri dari hampir 200 bintang. Sebagian besar bintang-bintang ini mempunyai planet, dan sebagian besar planet-planet ini mempunyai bulan. Semua benda langit tersebut bergerak dalam garis peredaran yang dikira dengan sangat teliti. Selama jutaan tahun, masing-masing seolah "berenang" sepanjang garis edarnya dalam keserasian dan keteraturan yang sempurna bersama dengan yang lain. Selain itu, beberapa komet juga bergerak bersama sepanjang garis edar yang ditetapkan baginya.

Semua benda langit termasuk planet, satelit yang mengiringi planet, bintang, dan bahkan galaksi, memiliki orbit atau garis edar mereka masing-masing. Semua orbit ini telah ditetapkan berdasarkan pengiraan yang sangat teliti dengan cermat. Yang membangun dan memelihara dengan sempurna ini adalah Allah, Pencipta seluruh sekalian alam.
Garis edar di alam semesta tidak hanya dimiliki oleh benda-benda angkasa. Galaksi-galaksi pun berjalan pada kecepatan luar biasa dalam suatu garis peredaran yang terhitung dan terencana. Selama pergerakan ini, tidak satu pun dari benda-benda angkasa ini memotong lintasan yang lain, atau bertaburan dengan lainnya. Bahkan, telah teramati bahwa sejumlah galaksi berpapasan satu sama lain tanpa satu pun dari bagian-bagiannya saling bersentuhan.

Dapat dipastikan bahawa pada saat Al-Qur'an diturunkan, manusia tidak memiliki teleskop masa kini ataupun teknologi canggih untuk mengamati ruang angkasa berjarak jutaan kilometer, tidak pula pengetahuan fizik ataupun astronomi moden. Oleh sebab itu ,  saat itu tidaklah mungkin untuk mengatakan secara ilmiah bahawa ruang angkasa "dipenuhi lintasan dan garis edar" sebagaimana dinyatakan dalam ayat tersebut. Akan tetapi, hal ini dinyatakan secara terbuka kepada kita dalam Al-Qur'an yang diturunkan pada saat itu: kerana Al-Qur'an adalah firman Allah.



2.3PEGERAKAN ORBIT

PERGERAKAN MATAHARI DAN BULAN
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud :

“DAN (SEBAHAGIAN DARI DALIL YANG TERSEBUT IALAH)MATAHARI; IA KELIHATAN BEREDAR KE TEMPAT YANG DITETAPKAN BAGINYA; ITU ADALAH TAQDIR TUHAN YANG MAHA KUASA,LAGI MAHA MENGETAHUI”.
(Surah Yasin : ayat 38)


Menurut pandangan ulama tafsir mengenai ayat diatas tanda tersendiri yang menunjukkan kekuasaan allah ta’ala dalam ayat tersebut adalah perjalanan matahari pada orbitnya sehingga ke penghujung pusingannya. Pusingan tersebut adalah satu ketentuan dan ketetapan daripada allah yang maha kuasa lagi maha menguasai setiap sesuatu.

   Terdapat dua pendapat ulama tafsir di dalam mentafsirkan maksud orbit. Yang pertama ,Satu tempat yang berada di bawah ‘Arasy yang hamper dengan bumi pada satu arah di mana  kedudukan matahari dan makhluk masih tetap berada di bawah ‘Arasy. Kedua, Tahap akhir penjalanannya iaitu hari kiamat. Ini telah dibuktikan oleh ahli astronomi bahawa terdapat pertambahan putaran matahari secara jelas di tengah-tengah bintang disebabkan pusingan bumi di sekeliling matahari setahun sekali. Bagi matahari tedapat dua pergerakan yang lain iaitu



pusingan di atas paksi dan pusingan berserta dengan pengiringan planet-planet yang bergerak di sekitar sistem solar dan galaksi dengan kecepatan yang amat tinggi.
        ‘Mustaqir’ pada pandangan ulama yang pertama adalah  merupakan paksi yang tetap manakala ulama kedua berpendapat ia merupakan pergerakan sistem solar bersama- sama kumpulan planetnya.
(Rujukan: tafsir al-munir,julud 23, hlm 15-17)


   Bagi bulan terdapat satu orbit yang tetap iaitu mengelilingi bumi dan berputar di atas paksinya. Ia juga bergerak mengiringi bumi mengelilingi matahari. Matahari pula mempunyai dua gerakan .Gerakan di atas paksinya sendiri.Pergerakan menuju ke bintang vega. Ia mengorbit di dalam suatu orbit yang terlalu besar sehingga tidak diketahui luas orbitnya. Oleh yang demikian, matahari dan bulan sebenarnya tidak mungkin bertembung atau berlangar antara satu sama lain kerana masing-masing memiliki orbit yang tersendiri yang tidak mungkin akan bertembung antara keduanya. Bulan seolah-olah berpusing di dalam dua pusingan iaitu satu pusingan mengelilingi bumi dan satu pusingan mengiringi bumi mengelilingi matahari.


  Demikianlah kekuasaan Allah ta’ala mencipta, mengatur dan mentadbir jagat raya ini. Maha suci Allah dan segala puji-pujian hanya layak untukNya .
(RUJUKAN:Al-Qur’an dan sains oleh Dr.haji Jamnul azhar Bin Haji mulkan)


 Pada tahun 1512 ahli astronomi Nicholas Copernicus yang mengemukakan teori bahawa matahari tidak bergerak di tengah-tengah sistem solar, dan bahawa planet berputar di sekelilingnya. Kepercayaan bahawa matahari itu tetap adalah meluas di kalangan ahli astronomi sehingga abad ke-20. Ia kini merupakan fakta yang ditubuhkan saintifik bahawa matahari sebenarnya bukan tidak bergerak, tetapi bergerak dalam orbit mengelilingi pusat galaksi bumi sakti kita.

Al-Qur’an menyebut orbit matahari:
“DAN DIALAH YANG TELAH MENCIPTAKAN  MALAM DAN SIANG, MATAHARI DAN BULAN, MASING –MASING DARI KEDUANYA ITU BEREDAR DI DALAM GARIS EDARNYA.”
(Surah al-Anbiyaa’ : ayat 33)

Sekarang kita tahu bahawa kenyataan Al-quran tentang gerakan matahari adalah selaras dangan Astronomi moden.

2.4 “PLANET BERBENTUK BULAT”

"Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar; Dia menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam..." (Al Qur'an, 39:5)
Dalam Al Qur'an, kata-kata yang digunakan untuk menjelaskan tentang alam semesta sungguh sangat penting. Kata Arab yang diterjemahkan sebagai "menutupkan" dalam ayat di atas adalah "takwir". Dalam kamus bahasa Arab, misalnya, kata ini digunakan untuk menggambarkan pekerjaan membungkus atau menutup sesuatu di atas yang lain secara melingkar, sebagaimana surban dipakaikan pada kepala.

Keterangan yang disebut dalam ayat tersebut tentang siang dan malam yang saling menutup satu sama lain berisi keterangan yang tepat mengenai bentuk bumi. Pernyataan ini hanya benar jika bumi berbentuk bulat. Ini bererti bahawa dalam Al-Qur'an, yang telah diturunkan di abad ke-7, telah diisyaratkan tentang bentuk planet bumi yang bulat.

Namun perlu diingat bahawa ilmu astronomi kala itu memahami bumi secara berbeza. Di masa itu, bumi diyakini berbentuk bidang datar, dan semua perhitungan serta penjelasan ilmiah didasarkan pada keyakinan ini. Sebaliknya, ayat-ayat Al-Qur'an berisi informasi yang hanya mampu kita pahami dalam satu abad terakhir. Oleh kerana Al-Qur'an adalah firman Allah, maka tidak menghairankan jika kata-kata yang tepat digunakan dalam ayat-ayatnya ketika dijelaskan.




Pada zaman lampau, manusia percaya bumi ini rata. Sejak berkurun-kurun lamanya, manusia takut untuk belayar terlalu jauh kerana risau mereka akan jatuh di tebing bumi. Sir Francis Drake ialah orang pertama yang membuktikan bumi ini bulat apabila beliau belayar mengelilingi bumi pada tahun 1907 .



2.5 ATMOSFERA


Atmosfera merupakan lapisan gas yang melingkupi sebuah planet, termasuk bumi, dari permukaan planet tersebut sampai jauh di angkasa. Di bumi atmosfera terdapat dari ketinggian 0 km di atas permukaan tanah, sampai dengan sekitar 560 km dari atas permukaan bumi.

Atmosfera bumi terdiri atas nitrogen 78-17% dan oksigen 20-97%, dengan sedikit argon 0.9%, karbon dioksida(variable, tetapi sekitar 0.0357%), wap air, dan gas lainya.
Atmosfera adalah fenomena alam yang dinyatakan dalam Al-Qur’an sejak abad ke-14. Salah satu fakta tentang alam semester sebagaimana dinyatakan dalam Al-Qur’an bahawa langit terdiri atas tujuh lapis.


Allah SWT berfirman:
“DIA-LAH ALLAH, YANG MENJADIKAN SEGALA YANG ADA DI BUMI UNTUK KAMU DAN DIA BERKEHENDAK MENUJU LANGIT, LALU DIJADIKAN-NYA TUJUH LANGIT.DAN DIA MAHA MENGETAHUI SEGALA SESUATU.”
(Al-Qur’an,2:29)


Dan Allah SWT berfirman:
“KEMUDIAN DIA MENUJU LANGIT, DAN LANGIT ITU MASIH MERUPAKAN ASAP. MAKA DIA MENJADIKANNYA TUJUH LANGIT DALAM DUA MASA DAN DIA MEWAHYUKAN PADA TIAP-TIAP LANGIT URUSANNYA.”
(Surah Fussilat : ayat 11-12)


Menurut Harun Yahya, bumi memiliki seluruh sifat yang diperlukan bagi kehidupan. Salah satunya adalah keberadaan atmosfera, yang berfugsi sebagai lapisan pelindung yang melindungi makhluk hidup.


Para ilmuwan menemukan bahawa atmosfera terdiri dari tujuh lapisan. Lapisan-lapisan tersebut berbeza dalam ciri-ciri fizik, seperti tekanan dan jenis gasnya. Lapisan atmosfera yang terdekat dengan bumi disebut TROPOSFERA. Ia membentuk sekitar 90% dari keseluruhan masa atmosfera .

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya , setelah kami berjaya menyiapkan blog ini dan mengkaji segala fakta sains yang dinyatakan oleh para saintis dan pelbagai pihak lain, yang mengakui bahawa mereka adalah golongan pertama yang menemui fakta tersebut, mereka silap . Sudah diperakui dalam al-quran sejak 1400 tahun dulu mengenai fakta yang mereka temui itu . 

Sebagai contoh boleh rujuk mengenai tajuk yang kami kaji iaitu mengenai penciptaan alam semesta ,  planet berbentuk bulat , pergerakan alam semesta , pergerakan orbit dan juga atmosfera .

Kita harus percaya dengan seyakin-yakinnya bahawa Allah adalah pencipta kepada segala yang berada di dalam dunia ini dan seluruh isinya .


Ini membuktikan bahawa manusia tidak boleh melawan kuasa tuhan . Sesungguhnya apa sahaja yang berada di atas muka bumi ini adalah milik Allah SWT.

Wallahualam .

Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses kami menyiapkan blog ini . 

Itu sahaja untuk blog kami , sebarang kekurangan atau salah silap kami harap dimaafkan .

Semoga ilmu pengetahuan yang kami kongsikan ini boleh dimanfaatkan sebaik-baik nya oleh kami dan juga semua pembaca blog ini. Kesimpulan akhir , banyak nilai murni pengajaran yang baik telah kami perolehi . 



4.0 RUJUKAN

Berikut adalah laman sesawang yang kami rujuk sepanjang proses kami menyiapkan blog ini :


http://www.keajaibanalquran.com/astronomy.html

5.0 LAMPIRAN

Berikut adalah beberapa lampiran yang kami sediakan serba sedikit 


  



  Lampiran yang kami sediakan ini , berdasarkan apa yang kami kaji dan mencari sedikit demi sedikit di internet . Astronomi yang merangkumi alam semesta . seperti , bulan , bintang matahari , dan lain lain .



  



  Akhir sekali , pengajaran yang kita dapat ialah sesungguhnya Allah adalah Maha Pencipta dan Maha Agung . Perlulah kita  bersyukur .