Atmosfera merupakan lapisan gas
yang melingkupi sebuah planet, termasuk bumi, dari permukaan planet tersebut
sampai jauh di angkasa. Di bumi atmosfera terdapat dari ketinggian 0 km di atas
permukaan tanah, sampai dengan sekitar 560 km dari atas permukaan bumi.
Atmosfera bumi terdiri atas
nitrogen 78-17% dan oksigen 20-97%, dengan sedikit argon 0.9%, karbon
dioksida(variable, tetapi sekitar 0.0357%), wap air, dan gas lainya.
Atmosfera adalah fenomena alam yang
dinyatakan dalam Al-Qur’an sejak abad ke-14. Salah satu fakta tentang alam
semester sebagaimana dinyatakan dalam Al-Qur’an bahawa langit terdiri atas
tujuh lapis.
Allah SWT berfirman:
“DIA-LAH ALLAH, YANG MENJADIKAN
SEGALA YANG ADA DI BUMI UNTUK KAMU DAN DIA BERKEHENDAK MENUJU LANGIT, LALU
DIJADIKAN-NYA TUJUH LANGIT.DAN DIA MAHA MENGETAHUI SEGALA SESUATU.”
(Al-Qur’an,2:29)
Dan Allah SWT berfirman:
“KEMUDIAN DIA MENUJU LANGIT, DAN
LANGIT ITU MASIH MERUPAKAN ASAP. MAKA DIA MENJADIKANNYA TUJUH LANGIT DALAM DUA
MASA DAN DIA MEWAHYUKAN PADA TIAP-TIAP LANGIT URUSANNYA.”
(Surah Fussilat : ayat 11-12)
Menurut Harun Yahya, bumi memiliki
seluruh sifat yang diperlukan bagi kehidupan. Salah satunya adalah keberadaan
atmosfera, yang berfugsi sebagai lapisan pelindung yang melindungi makhluk
hidup.
Para ilmuwan menemukan bahawa
atmosfera terdiri dari tujuh lapisan. Lapisan-lapisan tersebut berbeza dalam
ciri-ciri fizik, seperti tekanan dan jenis gasnya. Lapisan atmosfera yang
terdekat dengan bumi disebut TROPOSFERA. Ia membentuk sekitar 90% dari
keseluruhan masa atmosfera .
No comments:
Post a Comment