PERGERAKAN MATAHARI DAN BULAN
“DAN (SEBAHAGIAN DARI
DALIL YANG TERSEBUT IALAH)MATAHARI; IA KELIHATAN BEREDAR KE TEMPAT YANG
DITETAPKAN BAGINYA; ITU ADALAH TAQDIR TUHAN YANG MAHA KUASA,LAGI MAHA
MENGETAHUI”.
(Surah Yasin : ayat
38)
Menurut pandangan ulama tafsir mengenai ayat diatas tanda tersendiri yang menunjukkan
kekuasaan allah ta’ala dalam ayat tersebut adalah perjalanan matahari pada
orbitnya sehingga ke penghujung pusingannya. Pusingan tersebut adalah satu
ketentuan dan ketetapan daripada allah yang maha kuasa lagi maha menguasai
setiap sesuatu.
Terdapat dua pendapat ulama tafsir di
dalam mentafsirkan maksud orbit. Yang pertama ,Satu tempat yang berada di bawah
‘Arasy yang hamper dengan bumi pada satu arah di mana kedudukan matahari
dan makhluk masih tetap berada di bawah ‘Arasy. Kedua, Tahap akhir penjalanannya iaitu hari
kiamat. Ini telah dibuktikan oleh ahli astronomi bahawa terdapat pertambahan
putaran matahari secara jelas di tengah-tengah bintang disebabkan pusingan bumi
di sekeliling matahari setahun sekali. Bagi matahari tedapat dua pergerakan
yang lain iaitu
pusingan di atas paksi dan pusingan berserta dengan
pengiringan planet-planet yang bergerak di sekitar sistem solar dan galaksi
dengan kecepatan yang amat tinggi.
‘Mustaqir’ pada
pandangan ulama yang pertama adalah merupakan paksi yang tetap manakala ulama
kedua berpendapat ia merupakan pergerakan sistem solar bersama- sama kumpulan
planetnya.
(Rujukan: tafsir
al-munir,julud 23, hlm 15-17)
Bagi
bulan terdapat satu orbit yang tetap iaitu mengelilingi bumi dan berputar di
atas paksinya. Ia juga bergerak mengiringi bumi mengelilingi matahari. Matahari
pula mempunyai dua gerakan .Gerakan di atas paksinya sendiri.Pergerakan menuju
ke bintang vega. Ia mengorbit di dalam suatu orbit yang terlalu besar sehingga
tidak diketahui luas orbitnya. Oleh yang demikian, matahari dan bulan
sebenarnya tidak mungkin bertembung atau berlangar antara satu sama lain kerana
masing-masing memiliki orbit yang tersendiri yang tidak mungkin akan bertembung
antara keduanya. Bulan seolah-olah berpusing di dalam dua pusingan iaitu satu
pusingan mengelilingi bumi dan satu pusingan mengiringi bumi mengelilingi
matahari.
Demikianlah
kekuasaan Allah ta’ala mencipta, mengatur dan mentadbir jagat raya ini. Maha
suci Allah dan segala puji-pujian hanya layak untukNya .
(RUJUKAN:Al-Qur’an
dan sains oleh Dr.haji Jamnul azhar Bin Haji mulkan)
Pada tahun 1512 ahli astronomi Nicholas
Copernicus yang mengemukakan teori bahawa matahari tidak bergerak di
tengah-tengah sistem solar, dan bahawa planet berputar di sekelilingnya.
Kepercayaan bahawa matahari itu tetap adalah meluas di kalangan ahli astronomi
sehingga abad ke-20. Ia kini merupakan fakta yang ditubuhkan saintifik bahawa
matahari sebenarnya bukan tidak bergerak, tetapi bergerak dalam orbit
mengelilingi pusat galaksi bumi sakti kita.
Al-Qur’an menyebut orbit matahari:
“DAN DIALAH YANG
TELAH MENCIPTAKAN MALAM DAN SIANG, MATAHARI DAN BULAN, MASING –MASING
DARI KEDUANYA ITU BEREDAR DI DALAM GARIS EDARNYA.”
(Surah al-Anbiyaa’ :
ayat 33)
Sekarang kita tahu bahawa kenyataan Al-quran tentang
gerakan matahari adalah selaras dangan Astronomi moden.
No comments:
Post a Comment